Kalau anda boleh terangkan sistem yang anda bayangkan dengan kata-kata, AINNA boleh mula membinanya.
Itulah prinsip di sebalik NeuralOps. Orang yang benar-benar faham cara kerja dijalankan boleh terangkan keperluan sistem dengan bahasa mereka sendiri. AINNA, ejen AI kami, akan tukarkan arahan itu kepada sistem yang boleh mereka semak dan perhalusi - dan keputusan akhir tetap di tangan pasukan anda.
Melalui Web-CLI, antara muka baris arahan berasaskan pelayar kami, seorang pengurus gudang boleh berkata, “Bina sistem yang benarkan pasukan saya rekod stok masuk, semak stok yang tersedia dan dapat makluman bila stok hampir habis.”
AINNA boleh bina borang penerimaan stok, tambah logik untuk mengira baki stok dan sediakan makluman stok rendah. Kalau pasukan perlukan had makluman berbeza untuk setiap produk, mereka cuma perlu terangkan peraturan itu dan minta AINNA kemas kini sistem dalam ruang kerja yang sama.
Aliran kerja yang sama boleh bantu pasukan bina sistem dalaman, hasilkan aplikasi web dan urus tugasan pelayan. Mereka boleh mula dengan apa yang mereka tahu tentang operasi harian, walaupun tanpa latar belakang pengaturcaraan.
Setakat ini, kami telah guna NeuralOps untuk menyokong dua buah kilang dan satu kerajaan negeri dalam keperluan pembangunan sistem mereka.
Sistem apa yang dah lama anda bayangkan, dan ingin mula terjemahkan menjadi kata-kata?
#AINNA #NeuralOps #AIAgent #BusinessAutomation



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
حفظته، خصوصًا من أجل هذا الجزء.
The case for mereka cuma perlu terangkan peraturan is well made.
Still thinking about orang yang benar-benar faham cara.