Kalau sistem yang anda bayangkan boleh diterjemah jadi perkataan, AINNA boleh mula membinanya.
Itulah prinsip yang saya pegang dalam NeuralOps. Orang yang benar-benar faham aliran kerja boleh terangkan keperluan sistem dalam bahasa mereka sendiri. AINNA, ejen AI kami, akan terjemahkan arahan itu jadi sistem yang boleh disemak dan diperhalusi.
Melalui Web-CLI, antara muka command-line dalam pelayar yang kami bina, pengurus gudang boleh terus beri arahan: “Bina sistem yang benarkan pasukan saya rekod stok masuk, semak baki semasa dan dapat amaran bila stok terlalu rendah.”
AINNA boleh bina borang penerimaan stok, masukkan logik pengiraan baki stok dan sediakan amaran stok rendah. Kalau pasukan perlukan ambang amaran berbeza untuk setiap produk, mereka cuma perlu nyatakan peraturan itu dan minta AINNA kemas kini sistem dalam workspace yang sama.
Dari sisi operasi dan R&D, aliran kerja yang sama boleh bantu pasukan bina sistem dalaman, bangunkan aplikasi web dan urus tugasan server. Mereka boleh mula dari pengetahuan operasi sendiri, walaupun tiada latar belakang pengaturcaraan.
Setakat ini, saya dan pasukan telah guna NeuralOps untuk sokong dua kilang dan satu kerajaan negeri dalam keperluan pembangunan sistem mereka.
Sistem apa yang anda dah lama bayangkan dan nak mula terjemahkan jadi perkataan?
#AINNA #NeuralOps #AIAgent #BusinessAutomation



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
この記事には賛成です。方向性がはっきりしています。
I read this twice. aliran kerja yang sama boleh is the part that stuck.
Berguna. Kami sedang hadap itulah prinsip yang saya pegang sekarang.
Mereka boleh mula dari pengetahuan - sums the whole thing up.
Terus terang, itulah prinsip yang saya pegang ni menarik.
Bookmarked, mainly for orang yang benar-benar faham aliran.